Majlis Penutupan Minggu Orientasi Pelajar Kolej Yayasan Felda Perak Sesi Januari 2021
Minggu Orientasi Kolej Yayasan Felda Perak untuk sesi kali ini berjalan dengan lancar. Pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan dengan mengikut Standard Operating Procedure (S.O.P) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Seramai 32 orang pelatih masuk mendaftar untuk Kursus Intensif Bahasa Inggeris.
Majlis penutup ini turut dihadiri oleh Assistant Regional General Manager (ARGM), Encik Mohd Termizi Bin Lee. Pihak Yayasan Felda merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas sokongan berterusan Felda dalam menjayakan aktiviti yang disediakan.