Yayasan Felda menjalankan Kursus Bahasa Inggeris di Asrama Semai Bakti Felda Kuala Lumpur (ASBKL) yang terletak di Jalan AU 2c, Amapang Ulu Klang, 54200 Kuala Lumpur. Pengambilan pertama bermula pada 3 DIS 2019 dengan jumlah pelajar seramai 127 orang.

Antara kelebihan menyertai kursus ini adalah, sesi pembelajarannya yang seronok dan penuh dengan aktiviti serta asrama dan makan minum disediakan.

Syarak kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM
  • Bujang
  • Tiada Masalah Kesihatan
  • Tiada Rekod Jenayah

Permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi laman sesawang kyf.datakraf.com