yayasan@felda.net.my   03-2693 4224   03-2693 1244

Visi

Menjadi pemacu pembangunan generasi yang progresif.

Misi

Menambah nilai untuk kepentingan warganegara Malaysia.

Matlamat Penubuhan

Melaksana dan menggalakkan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan serta kebajikan dalam bidang pendidikan, kesihatan, ekonomi, sosial dan kebudayaan warisan budaya negara. 

Play Video

Inisiatif Kami

Pendidikan

Dalam bidang pendidikan, kerja-kerja yayasan ini memberi manfaat kepada beberapa kumpulan sasaran pada semua peringkat umur, daripada kanak-kanak sekolah rendah hinggalah kepada para pelajar universiti. Bagi menjulang martabat pendidikan negara, penubuhan tiga buah pusat pengajian tinggi bertaraf kolej dan satu pra sekolah telah dilaksana.  Menyediakan golongan lepasan sekolah dengan kemahiran yang boleh mendapatkan mereka pekerjaan juga menjadi satu keutamaan yang penting.

Kesihatan

Inisiatif penjagaan kesihatan Yayasan Felda termasuklah penyediaan bantuan kewangan bagi pembelian alat-alat perubatan seperti bantuan pendengaran, kerusi roda dan anggota palsu, serta penubuhan Pusat Hemodialisis untuk pesakit buah pinggang berpendapatan rendah.

Kebajikan

Dalam bidang kebajikan sosial, yayasan melihat peranannya sebagai pihak yang menghulurkan bantuan dalam mengurangkan beban rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik. Inisiatif yang disediakan secara ad-hoc untuk kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah dan sumbangan kepada Tabung Bencana Alam, sehinggalah kepada Program Kasih yang bernilai RM60 juta untuk membaiki rumahrumah dalam kampung-kampung tradisi di sekitar penempatan Felda .

Jalinan Kerjasama