KESIHATAN

INSPIRASI KEHIDUPAN LEBIH BAIK

Inisiatif penjagaan kesihatan Yayasan Felda dengan penubuhan Pusat Hemodialisis untuk pesakit buah pinggang berpendapatan rendah. Terletak di Anjung Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur, PHF menerima setiap hari sekumpulan pesakit buah pinggang untuk mendapatkan rawatan. PHF boleh menampung sehingga 120 orang pesakit dari pelbagai bangsa. Ada dikalangan pesakit terdiri daripada golongan peneroka Felda, kakitangan Felda dan penduduk setempat. Pesakit mendapat tajaan daripada PERKESO, Pusat Zakat, dan JPA.

Pakar Nefrologi yang berpengalaman dari HKL mengetuai pasukan ini dengan seorang ketua jururawat dan 10 orang jururawat yang terlatih dalam penjagaan buah pinggang serta 5 orang pembantu dialisis yang berpengalaman untuk memberikan penjagaan dan kepakaran yang diperlukan. 

Kakitangan PHF menyediakan pengurusan klinikal kepada pesakit yang menjalani rawatan dialisis di pusat ini. Pesakit menjalani rawatan 3 kali seminggu dengan 4 jam setiap kali rawatan di PHF. Semasa menjalani dialisis pesakit boleh berehat dengan selesa dengan kemudahan yang telah disediakan.