Taska / Tadika Permata Semai Bakti
Taska Felda telah ditubuhkan oleh FELDA pada tahun 1982 di bawah Persatuan Suri FELDA dan beroperasi di Annex M, Anjung Felda, Jalan Maktab, 54000 Kuala Lumpur.
Pengurusan Taska Felda ini telah mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menempatkan bayi dan kanak-kanak petugas kumpulan FELDA dan FGV yang berumur 2 bulan sehingga 6 tahun.
Sejarah
Pada 1992, Felda Trading Sdn Bhd telah mengambil alih pengurusan Taska/Tadika dan kemudian di ambil alih oleh Felda Holdings Berhad pada Jun 2005
Bermula Oktober 2014, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) telah menyerahkan pentadbiran dan operasi Taska Permata/Tadika Semai Bakti Felda kepada pihak pengurusan Yayasan Felda dengan kos operasi dan pentadbiran dibiayai oleh FGVHB.
Taska Menara Felda dan Taska Wisma FGV
Seramai 23 orang kakitangan yang menguruskan Taska Menara Felda/Tadika Wisma FGV yang terdiri daripada 3 orang pentadbir, 16 orang pendidik, 2 pengurus, dan 2 penyelia.
Kedua-dua Taska menggunakan modul pembelajaran PERMATA Negara serta tambah kaedah pengajaran dan pembelajaran ABaHaTa menggantikan iqra dan boleh menempatkan lebih 100 orang bayi dan kanak-kanak yang berumur 2 bulan hingga 6 tahun.
Penubuhan tadika/taska ini bertujuan menyediakan kemudahan bagi petugas menempatkan anak sepanjang waktu bekerja dengan selamat dan secara tidak langsung memberi impak kepada produktiviti petugas.