
Pilihan Terbaik
Institut pendidikan terbaik
Yayasan Felda ditubuhkan untuk memberi peluang kepada warga felda dan juga bukan warga felda yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian peringkat sijil dan seterusnya ke peringkat diploma. Peluang keemasan ini dibuka kepada pelajar yang berminat dalam mempelajari kemahiran dan akan diajar dalam bidang seperti Masakan, Pastry, Catering, Pengurusan Pengacaraan, Jahitan, Pengursan Pejabat dan Kursus Kesihatan. Yayasan felda juga mempunyai 3 buah kolej yang terletak di Kolej Yayasan Felda Pahang, Felda Wilayah Mempaga, Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan, Felda Wilayah Raja Alias . Kolej Yayasan Felda Perak, Felda Wilayah Trolak adalah bagi pelajar yang mengikuti Kursus intensif Bahasa inggeris bertujuan meningkatkan tahap Bahasa inggeris para pelajar lepasan sekolah untuk persediaan di peringkat lebih tinggi.
Mempaga, Pahang.
Kolej Yayasan Felda Pahang
Kolej Yayasan Felda Negeri Pahang yang terletak di Wilayah Mempaga mula beroperasi pada bulan Julai 2006.
Kolej ini menawarkan sembilan (9) kursus kemahiran dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.


Program ditawarkan
Raja Alias, N. Sembilan
Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan
Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan yang terletak di Wilayah Raja Alias mula beroperasi pada bulan Julai 2007.
Kolej ini menawarkan lapan (8) kursus kemahiran dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia, dan Kursus Intensif Bahasa Inggeris dengan kerjasama City & Guilds, UK.


Program ditawarkan
Sungkai, Perak.
Kolej Yayasan Felda Perak
Yayasan Felda menjalankan Kursus Bahasa Inggeris di Kolej Yayasan Felda Perak yang terletak di Jalan Meranti 2, Feldajaya Utara Trolak, 35600 Sungkai, Perak Darul Ridzuan.
Kolej Yayasan Felda Perak mula beroperasi semula pada 12 Januari 2021.

