- PENGENALAN
Kolej Yayasan Felda Pahang (KYFP) dalam usahanya memperkasa peluang bidang kemahiran dan memberi nilai tambah kepada komuniti setempat telah mengadakan Kursus Jangka Pendek pada 13 Ogos 2019. Tujuan utama pelaksanaan program adalah untuk memberikan latihan yang sesuai kepada komuniti setempat selaras dengan matlamat utama penubuhan Yayasan Felda iaitu sebagai pelaksana tanggungjawab sosial Kumpulan Felda.
Masakan pastri yang dianjurkan telah melibatkan 17 orang peserta dan dikendalikan oleh tenaga pengajar bertauliah. Para peserta yang hadir terdiri daripada warga Felda Maokil, Wilayah Felda Segamat, Johor yang datang dengan latar belakang yang berbeza untuk menjayakan kursus ini.
- TARIKH, TEMPAT & MASA
Tarikh : 13 OGOS 2019
Tempat : FELDA MAOKIL, WILAYAH FELDA SEGAMAT, JOHOR
Masa : 8.00 PAGI – 1.00 PETANG
- ATURCARA PROGRAM
8.00 Pagi – Pendaftaran peserta
8.30 Pagi – Taklimat perjalanan kursus oleh tenaga pengajar terlibat
– Kursus bermula (Sarapan pagi, makan tengahari & solat bergantung kepada kesesuaian kelas masing-masing)
1.00 Petang – Kelas Tamat
4. PERJALANAN PROGRAM
17 orang peserta mula memasuki bengkel latihan pada jam 8.30 pagi setelah selesai urusan pendaftaran. Para pengajar memberikan taklimat kepada setiap peserta sebelum kelas bermula mengikut tajuk pilihan. Seterusnya, para peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan bagi melaksanakan latihan secara amali dalam setiap kumpulan.
Peserta telah diajar tiga jenis masakan iaitu Waffle, churros dan triffle pudding dalam kursus tersebut.
Untuk hidangan pertama, peserta telah mempelajari bagaimana untuk menyediakan waffle. Bahan-bahannya ialah tepung gandum, telur, gula kastor dan susu segar. Ia dimasak menggunakan teknik better dan masak diatas waffle machine. Kos anggaran untuk setiap hidangan ini adalah lebih kurang RM 3.50 per portion.
Seterusnya, untuk hindangan yang kedua, peserta mempelajari bagaimana untuk menyediakan churros. Bahan-bahannya ialah, tepung gandum, gula kastor, mentega, air dan garam. Ia dimasak menggunakan teknik frying. Kos anggaran untuk hidangan ini ialah sebanyak RM 3.00 per portion.
Akhir sekali, untuk hidangan berasaskan hidangan utama, peserta mempelajari bagaiman untuk menyediakan triffle pudding. Bahan-bahannya ialah gula kastor,tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik, serbuk soda bikarbonat, air, susu segar, telur dan marjerin. Ia dimasak menggunakan bebarapa teknik iaitu mengkukus kek, memasak sos kastard, memasak jelly dan menghias triffle pudding bekas. Kos anggaran untuk hidangan ini ialah sebanyak RM 5.00
Kelas telah berakhir pada jam 1.00 petang. Peserta-peserta dan tutor yang mengajar telah dijemput untuk makan tengahari yang disediakan oleh pihak Gerakan Peneroka Wanita (GPW).
5.0 SENARAI PESERTA
Senarai nama peserta Kursus Jangka Pendek KYFP adalah seperti di lampiran A.
Bil | Perkara | Jumlah Peserta | Butiran | Jumlah (Rm) |
1 | Kutipan yuran peserta | 17 | RM 20 X 17 Orang | Rm 340.00 |
Jadual 1 (Yuran Peserta)
6.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Setiap peserta menyumbang sebanyak RM 20 setiap seorang dengan jumlah kesemua sumbangan seperti berikut :
Perbelanjaan bagi Kursus Jangka Pendek KYFP pula adalah seperti berikut:
Jadual 2 (Jumlah Perbelanjaan)
BIL | Perkara | RM/Unit | Jumlah (RM) |
1 | Belian bahan mentah/ pengajaran: i. Waffle (10 Pax) ii. Churros (10 Pax) iii. Triffle pudding (10 Pax) | 35.00 30.00
50.00
(Resit bahan mentah dilampirkan)
|
115.00 |
2 | Pembelian tuala “Good Morning” (jumlah helai) | 2.00×17 | 34.00 |
3 | Pembelian apron (jumlah helai) | 4.00×17 | 68.00 |
Jumlah keseluruhan | 217.00 | ||
7.0 PENUTUP
Kursus Jangka Pendek yang dianjurkan oleh Kolej Yayasan Felda Pahang telah membuka peluang kepada komuniti setempat dalam meningkatkan kemahiran masing-masing. Majoriti peserta yang terlibat melahirkan rasa penghargaan atas peluang yang diberikan oleh Yayasan Felda dan berharap dapat mengikuti kursus-kursus seumpama ini pada masa-masa yang akan datang.